Search This Blog

Photobucket

Saturday, February 26, 2011

Jawatan Kosong Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA)



IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN GURU SANDARAN TERLATIH SISWAZAH / GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH SISWAZAH DI PUSAT ANAK PERMATA NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI
1. Jawatan

1.1 Jawatan : Guru Sandaran Terlatih Siswazah /
Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah

1.2 Gelaran Jawatan : Pendidik PERMATA

1.3 Kementerian : Kementerian Pelajaran Malaysia

1.4 Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

1.5 Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan

1.6 Taraf Jawatan : Sandaran

1.7 Jadual Gaji : DC41 : P1T3 RM 1720.90 – T5 RM 1901.80

1.8 Tempat Kekosongan : Pusat Anak Permata Negara, Jabatan Perdana Menteri


2. Kelayakan Pemohon
  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2011;
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau;
  • Keutamaan adalah kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pra-Sekolah;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai Kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM atau setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam lima matapelajaran lain.

3 Elaun-elaun dan kemudahan
  • Elaun khidmat awam RM 300.00 sebulan;
  • Bantuan sara hidup mengikut kadar kelayakan;
  • Elaun - elaun dan lain - lain bayaran mengikut syarat dan peraturan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil.8/1980 apabila menjalankan tugas rasmi di luar kawasan pejabat;
  • Cuti sakit di bawah Perintah Am 17 Bab C dan kemudahan perubatan pergigian, kelayakan wad di hospital dan klinik-klinik kerajaan atas syarat-syarat dan peraturan yang sama seperti guru-guru tetap yang setaraf, dan;
  • Cuti Tahunan : 25 hari setahun;

4. Cara Memohon

4.1 Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang permohonan BPJPM/5/45 yang boleh dimuat turun melalui blog rasmi PERMATA Negara iaitu http://permata-negara.blogspot.com/
DOWNLOAD BORANG PAGE 1 , PAGE 2, PAGE 3
4.2 Borang Permohonan yang lengkap diisi berserta:-

(i) Lekatkan gambar pada borang permohonan
(ii) Satu salinan kad pengenalan;
(iii) Satu salinan sijil lahir;
(iv) Satu salinan keputusan UPSR;
(v) Satu salinan keputusan PMR;
(vi) Satu salinan keputusan SPM;
(vii) Satu salinan STPM/Diploma; (sekiranya ada)
(viii) Satu salinan Ijazah beserta transkript

4.3 Semua dokumen hedaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32cm x 22cm yang bertulis di sebelah kiri atas “Permohonan Pendidik PERMATA” ke alamat berikut sebelum atau pada 28 Februari 2011.

Setiausaha Bahagian,
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA)
Jabatan Perdana Menteri,
Unit W101, Aras 1,
Enterprise Buliding One (EB1),
63000 Cyberjaya,
SELANGOR.


5 . Urusan Temuduga

Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Sekiranya tuan menghadapi kemusykilan mengenai jawatan ini sila hubungi pegawai berikut:-

i Datin Hjh. Sakdiah binti Hj. Satam No.Telefon 03-83194000
ii Muhdiya binti Md Yusoff No.Telefon 03-83194000

Sekian.


Permohonan dibuka sehingga 28 Februari 2011 untuk makluman


sumber: achemm

No comments:

Post a Comment