Search This Blog

Photobucket

Wednesday, February 23, 2011

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN PULAU PINANG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan yang tersebut di bawah:-


Jawatan : Pegawai Tadbir (Gred N41) – Tetap

Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
Kumpulan : Pengurusan Dan Profesional
Jadual Gaji :

P1T1 RM1,690.28 – P1T27 RM4,640.28
P2T1 RM1,784.90 – P2T27 RM4,918.55
P3T1 RM1,883.70 – P3T27 RM5,220.62
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM250.00
Bantuan Sara Hidup : RM300.00
Kekosongan : 1

KELAYAKAN

(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4) ; dan

(iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT-SYARAT UMUM BAGI JAWATAN DI ATAS

(a) Had Umur: berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Penaklukan Di Bawah Syarat Skim Perkhidmatan: Calon-calon yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat dari masa ke semasa.

CARA MEMOHON

(a) Borang permohonan boleh didapati daripada:-
Pengurus Kanan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
No. 1, Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel: 04-6340111 Fax: 04-6448111
dengan bayaran tunai RM1.00 atau dalam bentuk Wang Pos RM1.00 (bayar kepada: PDC) dengan mengemukakan sampul surat berukuran 23sm x 11sm bersetem 50 sen dan beralamat sendiri.
(b) Pemohon-pemohon boleh juga menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati dengan melayari Portal PDC di alamat berikut: http://www.pdc.gov.my

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

(d) Calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kerajaan Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

(e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Februari 2011. Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak.

(f) Permohonan hanya dibenarkan bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan sebagaimana
disyaratkan sahaja.

(g) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(h) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan selepas dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.



sumber: info kerjaya

No comments:

Post a Comment