Search This Blog

Photobucket

Saturday, February 26, 2011

JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR DI MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Anak Negeri Melaka) untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) seperti berikut :

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
JUMLAH KEKOSONGAN : 2 kekosongan
TARAF JAWATAN : KONTRAK
JADUAL GAJI (Gred N17) : P1T1 RM820.38- P1T24 RM2151.35



SYARAT LANTIKAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia;
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan;
iii. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

LAIN-LAIN SYARAT

Syarat lantikan :

i. Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer.
ii. Calon hendaklah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

CARA MEMOHON :


i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan 1/2001 yang boleh didapati dari Majlis Agama Islam Melaka, Aras 1, Kompleks Majlis Agama Islam Melaka, Bukit Palah, 75400 Melaka dengan bayaran RM 2.00 setiap satu.

ii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak.

iii. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN yang dipohon

i. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Setiausaha,
Majlis Agama Islam Melaka,
Kompleks Majlis Agama Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400
Melaka.

(u.p. Unit Sumber Manusia MAIM)

Tarikh Tutup Permohonan : 11 Mac 2011 (Jumaat)


sumber: info kerjaya

No comments:

Post a Comment