Search This Blog

Photobucket

Sunday, February 13, 2011

JAWATAN KOSONG PENGAWAL KESELAMATAN DI KUIN

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA KEPADA SESIAPA YANG  BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI  KEKOSONGAN JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN

NAMA JAWATAN : PENGAWAL KESELAMATAN - KP 11
Klasifikasi : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

Syarat Lantikan :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (ii) Bekas Konstabel Polis Di Raja Malaysia atau Prebet angkatan Tentera Malaysia yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dengan memuaskan;

(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m tanpa bersepatu;
(ii) Berat Badan sekurang-kurangnya 48 kg;
(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm;
(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. dan

(e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1 (c) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Lain-lain : Calon-calon yang dipanggil temuduga dikehendaki menjalani tapisan keselamatan oleh Polis Di Raja Malaysia.

PERMOHONAN Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Februari 2011 (Khamis).

UNTUK TUJUAN PERMOHONAN, SILA KLIK DI SINI 


sumber: kerja kosong

No comments:

Post a Comment