Search This Blog

Photobucket

Friday, May 20, 2011

Temuduga Terbuka Jabatan Perangkaan Malaysia


Temuduga Terbuka:   Kerajaan / Government

Dengan hormatnya dimaklumkan Jabatan Perangkaan Malaysia Cawangan Negeri Selangor yang beroperasi di Bangi mempelawa semua rakyat Malaysia untuk datang ke Program Temuduga Terbuka seperti maklumat di bawah:

1. Pekerja Sambilan Harian (Gred E17)

Tarikh : 23 Mei 2011 (Isnin)Tempat : Pejabat Tenaga Kerja BangiMasa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Majikan : Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor

Gaji : RM 54.00 Sehari

Syarat Kelayakan : 1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Keutamaan yang mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri
3. Calon lelaki akan diberi keutamaan dalam pengambilan

Deskripsi Tugas :
1. Menjalankan tugas memungut, menyunting, merekod dan memproses data bancian/penyiasatan.

Berminat/Cara Memohon:-
1. Sila bawa bersama dokumen-dokumen seperti berikut:
a. 2 Keping Gambar berukuran passport
b. Salinan Kad Pengenalan dan sijil-sjil berkaitan

Penting:
Calon dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan beretika serta sopan dalam sesi temuduga terbuka itu nanti.


sumber: peluang kerjaya

No comments:

Post a Comment